SEPANG: Perbuatan seorang lelaki disyaki mabuk yang mengambil makanan dengan menggunakan jari di sebuah restoran di Cyberjaya, di sini pada Khamis bertukar kecoh selepas ditegur pekerja premis terbabit.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pengurus premis restoran terkenal itu dimaklumkan kejadian terbabit selepas menerima panggilan daripada pekerjanya kira-kira jam 7.30 petang.
Menurutnya, pengurus berusia 48 tahun yang bergegas ke premis mendapati beberapa barangan telah dirosakkan seperti pinggan selain lauk yang tercemar dan terpaksa dibuang.
"Siasatan awal polis mendapati tiga lelaki tempatan datang ke restoran terbabit untuk makan.
"Salah seorang daripada lelaki itu kemudian telah menggunakan jarinya untuk mengambil lauk di bahagian nasi kandar dalam keadaan mabuk.
"Kemudian pekerja premis telah menegur supaya tidak membuat sedemikian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, akibat ditegur, suspek telah bertindak agresif dan memukul pekerja premis.
Katanya, salah seorang suspek turut menggunakan penyepit makanan besi untuk memukul pekerja (mangsa) pada bahagian kepala dan badan.
Susulan itu, tambah Wan Kamarul Azran, polis telah menahan tiga suspek berusia 50 dan 51 tahun pada Jumaat.
"Penahanan pertama dibuat pada jam 1.40 pagi di pekarangan Balai Polis Cyberjaya manakala dua lagi ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang kira-kira jam 10 pagi.
"Semakan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah," ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324, Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 17 2023
Suasana di sebuah restoran di Cyberjaya bertukar kecoh selepas berlaku kejadian pukul pada Khamis. -Foto Sinar Harian
Tanya AI: Melestarikan bidang kewartawanan dalam era kecerdasan buatan
"ETIKA Teras Kewartawanan Mapan" yang menjadi tema Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 sangat bertepatan dengan keadaan semasa.
[TERKINI] SPRM belum terima notis pengisytiharan harta dua anak bekas PM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum menerima notis pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki mengesahkan berlaku perbincangan antara SPRM dan peguam kepada Tan Sri Mohkzani dan Mirzan.
Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki mengesahkan berlaku perbincangan antara SPRM dan peguam kepada Tan Sri Mohkzani dan Mirzan.
Lebih 300 juta kanak-kanak hadapi penderaan seksual dalam talian setiap tahun
Lebih 300 juta kanak-kanak setahun menjadi mangsa eksploitasi dan penderaan seksual dalam talian, menurut kajian.
Presiden Nausedia menang pilihan raya presiden Lithuania
Penyandang Presiden Gitanas Nauseda telah memenangi pilihan raya presiden Lithuania, menewaskan pesaingnya Ingrida Simonyte dalam pusingan kedua pada Ahad.
Google kembali guna jenama ‘Google Cast’ sebagai pengganti Chromecast
Google Cast bukanlah nama baharu. Pada bulan Mac 2016, Chromecast pernah ditukar kepada Google Cast tetapi ditukar kembali kepada Chromecast kerana populariti dongel keluaran Google yang mampu
Mayat lelaki tertiarap di dalam longkang ditemui
Mayat seorang lelaki ditemukan dalam longkang di Taman Derga Jaya, di sini pada Ahad.
TMM2024: Melaka rekod 5.12 juta pelancong sehingga April
Sebanyak 5.12 juta pelancong direkodkan berkunjung ke Melaka dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Analisa dan keputusan peringkat negeri Selangor
Untuk perkembangan tersebut, kita bersama rakan setugas Hasimi Muhamad dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di Shah Alam.
Kebakaran tercetus di Rafah susulan serangan udara Israel
Sebuah kebakaran tercetus di Rafah berikutan serangan Israel ke atas kawasan yang ditetapkan untuk pelarian Palestin itu pada Ahad malam.
Rakaman yang diperoleh Reuters itu menunjukkan orang ramai berkumpul berhampiran kebakaran besar itu.
Rakaman yang diperoleh Reuters itu menunjukkan orang ramai berkumpul berhampiran kebakaran besar itu.
Korban banjir di Brazil meningkat kepada 169 orang
Hujan lebat dan banjir yang melanda negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meragut 169 nyawa sejak ribut melanda negeri itu pada 29 April, menurut agensi Pertahanan Awam pada Ahad.
Lelaki mengamuk ditegur ambil lauk guna jari
Salah seorang suspek turut menggunakan penyepit makanan besi untuk memukul pekerja (mangsa) pada bahagian kepala dan badan.